Jangkaan FOMC: Fed Bakal Beri Lebih Rincian Mengenai Polisi Untuk Pemulihan Ekonomi!

1,134

The Fed dijangka tidak akan mengumumkan inisiatif dasar baru dalam mesyuarat yang akan diadakan dalam beberapa jam sahaja lagi namun terdapat jangkaan bahawa the Fed akan memberikan lebih banyak perincian mengenai langkah-langkah yang dibuat yang bertujuan untuk menjana ekonomi.

Dalam masa yang sama The Fed akan mengeluarkan kenyataan yang akan memberi gambaran lebih jelas mengenai impak Covid-19 terhadap ekonomi. The Fed berkemungkinan akan memberi rincian terhadap polisi yang diterapkan namun tidak jangka akan mengumumkan sehingga bilakah the Fed akan menetapkan kadar faedah yang rendah.

Menurut sebahagian pakar ekonomi, The Fed akan memiliki gambaran yang lebih menyeluruh mengenai kadar pengangguran dan bagaimana ekonomi akan pulih bermula pada bulan Jun nanti.

Bagi menghadkan impak penularan Covid-19, the Fed telah menurunkan kadar faedah kepada sifar pada 15 Mac lepas dan membeli $2 trillion bon dan gadai janji sekuriti. Di samping itu, pentadbiran A.S juga mengumumkan beberapa langkah lain untuk mendorong ekonomi.

Menurut penganalisis, pasaran kini sedang mencari lebih banyak informasi mengenai jumlah pembelian aset oleh the Fed. Namun menurut Rick Rieder, CIO di BlackRock, beliau tidak menjangka Powell akan memberikan angka yang spesifik dalam mesyuarat nanti. Walaubagaimanapun, beliau menjangkakan bahawa mereka akan meningkatkan sehingga $200 billion pembelian aset per bulan.

Dalam masa yang sama terdapat spekulasi bahawa the Fed berkemungkinan akan menerapkan ‘yield curve control’ untuk mencapai matlamat. Namun ada yang membantah the Fed akan melaksanakan hal ini kerana matlamat utama the Fed sekarang adalah untuk memastikan pasaran berfungsi sebaiknya.

Ketua ekonomi A.S. Barclays, Michael Gapen mengatakan bahawa pertemuan ini akan membincangkan tindakan kecemasan tahap akhir, pengurusan risiko dan beberapa lagi perkara penting.

Bagi beliau, the Fed akan membincangkan pandangannya lebih rinci mengenai kesan pandemik itu terhadap ekonomi namun dijangka tidak akan memberikan penjelasan baru mengenai panduan yang akan dilakukan pada masa hadapan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat