Jangkaan Goldman Sachs Buat Pemilik Ethereum Teruja! Ini Sebabnya!

1,501

Bank pelaburan multinasional Goldman Sachs pada hari ini menerbitkan dapatan analisis mereka yang menyatakan bahawa Ethereum (ETH) mempunyai kebarangkalian yang untuk melonjak dua kali ganda menjelang tahun 2022.

Pengarah Urusan institusi kewangan – Bernhard Rzymelk memberi justifikasi ramalan tersebut kerana melihat adanya hubung kait (correlation) antara aset kripto dan kadar inflasi global. Berdasarkan data peningkatan inflasi telah mendorong kenaikan harga kripto.

Dalam rincian terbaru, eksekutif tertinggi Goldman Sachs meramalkan bahawa ETHC boleh meningkat kepada $8,000 menjelang akhir tahun ini. Menurut mereka, aset kripto telah didagangkan sejajar dengan inflasi sejak 2019. Carta perbandingan di bawah mencerminkan akan hal ini:

USD Inflation Swap 2Y2Y Forward.

Bebarapa hari yang lalu, aset kripto kedua terbesar telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $4,460. Walaupun meningkat lebih daripada 5x sejak awal tahun ini, Goldman Sachs mencadangkan lebih banyak keuntungan dalam dua bulan berikutnya. Penganalisis menyatakan bahawa ether boleh mencapai $8,000 jika korelasi dengan inflasi FWD berterusan.

Rzymelka menambah bahawa keseluruhan landskap aset kripto telah matang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini para pelabur boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada peningkatan inflasi.

Disisi lain, pengasasa bersama PayPal Peter Thiel juga percaya bahawa kenaikan harga aset kripto menunjukkan bahawa ekonomi besar sedang berhadapan masalah kewangan. Ketika BTC melebihi $60,000, ekonomi global berada dalam keadaan krisis.

Goldman Sachs juga melihat rangkaian blockchain di belakang ETH mempunyai potensi penggunaan sebenar yang terbaik sambil menambah bahawa ia adalah platform pembangunan paling popular untuk aplikasi kontrak pintar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat