Data Imbangan Perdagangan China Meleset Dari Jangkaan !

44

Sebentar tadi pada pukul 10.30 pagi (8 Nov 2016) data trade balance (imbangan perdagangan) China baru sahaja dikeluarkan. Data ini dikeluarkan setiap bulan selepas 10 hari, bulan itu berakhir. Maknanya bagi data yang dikeluarkan hari ini adalah data bulan lepas. Kenapa laporan trade balance China ini penting?

Pada bulan lepas China mencatatkan trade surplus (imbangan perdagangan) sebanyak 278 bilion Yuan dan dijangkakan data bulan ini meningkat kepada 366 bilion Yuan. Namun data yang dikeluarkan pada hari ini kurang daripada jangkaan iaitu 325 bilion. Namun ia masih dilihat agak baik kerana peningkatan dari 278 bilion kepada 325 bilion.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Eksport melebihi import baik untuk sesebuah Negara kerana menunjukkan Negara itu banyak menjual barang ke Negara lain dan begitu juga sebaliknya. Eksport yang tinggi menunjukkan pengaliran wang asing ke dalam Negara yang mampu menaikkan nilai matawang tersebut. Tidak lupa juga Australia sebagai pengeksport terbesar kuprum (copper) ke China akan mendapat kesan daripada data ini.

Perdagangan China dilihat semakin menyusut sejak beberapa tahun ini kerana kurangnya permintaan global dari Eropah, Asia dan US. Perdagangan yang perlahan di China adalah gambaran kepada perdagangan global secara keseluruhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat