Jangkaan Kenaikan Kadar Oleh Fed Telah Membunuh Pergerakan Matawang Sesi Asia

67

Aussie dan yen didagang melemah dalam sesi Asia pada Khamis selepas sentimen yang kekal menguat terhadap kenaikan kadar Fed.

USD/JPY meningkat 0.25%, manakala AUD dan GBP dicatat menurun.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai pada 98.80.

Semalam, US Dollar kekal berada di paras tertinggi dalam tempoh 8 bulan berikutan keyakinan pasaran yang kekal menguat mengenai jangkaan kenaikan kadar.

US Dollar juga kekal menguat selepas Presiden Fed, William Dudley berkata pada minggu lepas bahawa bank pusat AS mungkin akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini jika keadaan ekonomi kekal stabil.

Jangkaan mengenai kemenangan Hillary Clinton dalam pilihanraya presiden AS juga telah menyumbang kepada kekuatan matawang Greenback.

Pelaburan KWSP di UK Berdepan Risiko Kerugian?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat