Jangkaan Penganalisis Terhadap EUR/USD Dalam Masa Terdekat

1,004

Matawang Euro tidak akan banyak tertekan dengan perkembangan terbaru politik Itali dan sebarang kejatuhan dalam masa terdekat adalah terhad, demikian hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh Reuters terhadap sekumpulan penganalisis matawang.

Sejak mencatatkan prestasi paling memberangsangkan pada tahun 2003, matawang tunggal (Euro) kini jatuh sebanyak 4% setakat ini pada 2018. Ia sebenarnya banyak dipandu oleh pengukuhan US dollar yang mendapat kesan positif daripada prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan juga halatuju pengetatan kadar faedah The Fed.

Pasaran sebelum ini berhadapan dengan ketidaktentuan politik di Itali yang berkaitan dengan tahap hutang yang tinggi dengan halangan oleh peraturan Kesatuan Eropah. Ia sekaligus telah menekan Euro ke paras terendah berbanding US dollar pada Selasa.

Tinjauan terbaru terhadap 70 penganalisis matawang menunjukkan Euro dijangka didagangkan lebih tinggi dalam tempoh tiga bulan berbanding USD kepada sekitar 1.1600 dan akan terus meningkat kepada 1.2200 dalam tempoh setahun.

“Kami merasakan terlalu banyak berita buruk yang diserap dalam isu Itali – termasuk penurunan penarafan oleh Moodys – dan dijangka Euro bergerak lebih tinggi dari sini,” kata Viraj Patel, penganalisis matawang di ING London.

Matawang tunggal dijangka akan jatuh ke 1.1400 dalam tempoh tiga bulan seterusnya, menurut 30 penganalisis matawang yang ada dalam tinjauan Reuters.

“Untuk EUR/USD bergerak ke bawah 1.1500 dan terus jatuh ke paras terendah…kita perlu melihat situasi isu hutang Itali semakin meningkat dari sekarang dan mampu mencabar pengukuhan Zon-Eropah dan juga Euro di masa akan datang,” demikian kata Lee Hardman, penganalisis matawang MUFG.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat