Jangkaan Penurunan EUR/USD Disokong Petunjuk Suram Ekonomi Eropah

1,183

Ulasan oleh Menteri Ekonomi Jerman memberikan petunjuk sentimen yang bercampur-campur buat kesihatan ekonomi terbesar di zon Eropah itu.

Perintah kawalan berkurung yang semakin diringankan menunjukkan ekonomi telah melepasi fasa sukar dan dijangka separuh tahun kedua 2020 akan melihatkan pemulihan yang lebih pantas.

Namun begitu, pengeluaran bagi suku tahun kedua diramalkan akan mengalami penyusutan yang lebih ketara berbanding suku pertama dan beberapa petunjuk ekonomi melihatkan kesukaran pemulihan pada sektor buruh.

Selain itu, perkembangan bagi pelaksanaan pakej rangsangan untuk sokongan ekonomi bagi negara-negara anggota masih lagi menjadi perhatian pelabur.

Matawang Euro bakal bergerak lemah berbanding US dolar jika data-data ekonomi zon Eropah pada minggu ini kekal lemah selain pengukuhan yang dipamerkan US dolar ekoran sentimen pasaran berisiko.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga telah mula pamerkan penurunan pada penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Pada Jumaat, harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 120 pips mencecah 1.12130 sebelum menutup dagangan sedikit tinggi sekitar 1.12500 pada zon SBR (support become resistance).

Menyambung pada dagangan minggu ini, harga dilihat bergerak turun dari zon tersebut pada penghujung sesi Asia sebelum menguji semula zon tersebut pada sesi Eropah.

Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah, tumpuan adalah pada zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.12000.

Melanjutkan penurunan lebih rendah akan melihatkan harga menuju zon tumpuan pada 1.11000 sebelum menguji pula paras 1.10000.

Sebaliknya jika harga meneruskan kenaikan sehingga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD, harga berkemungkinan menuju semula ke zon resistance 1.14000 yang diuji minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat