Jangkaan Pergerakan US Dolar Dalam Ucapan Pertama Trump Kepada Kongres

35

Presiden Donald Trump akan menyampaikan ucapan pertamanya kepada Kongres pada Rabu 10 pagi waktu Malaysia. Dagangan pada Rabu dijangka dalam keadaan volatile (turun-naik) dengan pasaran menjangka komen tentang polisi fiskal yang ditunggu-tunggu.

Dari sudut lain, potensi kenaikan kadar faedah ‘Fed Fund Rate‘ kini berada di sekitar 50% pada mesyuarat FOMC Mac ini seperti yang ditunjukkan oleh pasaran niaga hadapan. Para pemain pasaran ketika ini sedang menunggu lebih maklumat dari Gabenor The Fed yang lain yang akan berucap sepanjang minggu ini.

Sebelum ini Gabenor The Fed cawangan Dallas, Kaplan telah mengatakan adalah perlu kenaikan kadar dalam masa terdekat ini semasa berucap di Norman, Oklahoma. Sentimen semasa melihat Kaplan menyokong kenaikan kadar pada 15 Mac ini.

Apa yang menjadi halangan kenaikan kadar ketika ini adalah Presiden Trump. Walaupun beliau sebelum ini berjanji untuk mengurangkancukai korporat dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan US bagi menampung projek infrastruktur, tetapi jika ada potensi kepada peningkatan ‘downside risk‘ hal ini akan mengurangkan potensi kenaikan kadar pada Mac ini yang seterusnya melemahkan US dolar.

Namun, jika pada hari ini ucapan Trump kepada Kongres semuanya berjalan dengan baik dan apa yang dijanjikan sebelum ini diterjemahkan, pasaran dijangka bergerak menyokong US dolar.

Perlu diingat, Kongres tidak semudah itu menerima bulat-bulat apa yang akan disampaikan Trump, dan kita akan melihat kredibiliti Trump pada Rabu. Jika Trump gagal menjawab soalan Kongres dengan baik, potensi kenaikan kadar dijangka akan semakin berkurangan dan melemahkan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat