Jangkaan Perniagaan di German Kekal Stabil

58

Data German Ifo Business Climate tidak berubah pada bulan November di paras 110.4 sama dengan data bulan sebelum. Jangkaan penganalisis bagi data ini ialah 110.6 yang berada di sekitar bacaan sebenar 110.4. Indeks ini masih berada di paras tertinggi sejak Mei 2014.

Data ini diambil dengan tinjauan ke atas 7,000 perniagaan di German yang ditanya tentang keadaan perniagaan semasa dan jangkaan enam bulan ke hadapan. Data ini dikeluarkan setiap bulan pada minggu ketiga bulan semasa. Maknanya di sini, data pada hari ini adalah bacaan bagi bulan November.

Indeks keadaan semasa menguat dari 115.1 kepada 115.6 tetapi ada sedikit kejatuhan dalam komponen jangkaan iaitu dari 105.9 pada Oktober kepada 105.5.

Dalam komponen pembuatan pula menunjukkan kejatuhan dari paras 16.4 kepada 14.7 yang disebabkan kurangnya keyakinan dalam eksport walaupun ini masih lagi bacaan kedua tertinggi 2017. Manakala dalam pembinaan pula telah menguat sebagai catatan tertinggi tahun ini.

Sektor pembinaan adalah sektor yang mencatatkan bacaan terbaik, tetapi data secara keseluruhan menunjukkan ekonomi akan terus menguat dalam jangka masa pendek dengan polisi monetary yang semakin menunjukkan kesan positif.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, pasaran memberikan respon yang tak menentu dengan Eur/Usd bergerak dari 1.0520 ke paras 1.0565. Manakala indeks saham DAX bergerak positif semula dari kejatuhan.

 

Teori Harga Minyak Global Oleh Penganalisis di Goldman Sach

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat