Jangkaan Polisi Monetari ECB Kekal Dovish – Bakal Ada Kejutan Buat Euro?

572

Pasaran memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat polisi monetari Julai oleh bank pusat Eropah dan dijangka penetapan kadar faedah diumumkan sekitar jam 7.45 petang waktu Malaysia hari ini.

European Central Bank (ECB) seperti yang dijangka hampir keseluruhan pemain pasaran bahawa polisi monetari akan terus dikekalkan longgar. Persoalannya adalah perbezaan penurunan kadar oleh ECB atau isyarat ke arah penetapan polisi yang seterusnya.

Pasaran juga telah menyerap jangkaan penurunan harga sehingga pergerakan matawang dolar Euro berbanding USD hampir mencecah paras terendah untuk tahun ini sekali lagi.

Ditambah pula oleh data ekonomi terkini yang dikeluarkan pada sesi Eropah semalam menyaksikan kemerosotan pada bacaan PMI perkilangan dan perkhidmatan khususnya ekonomi terbesar zon Eropah iaitu Jerman, menambahkan lagi tekanan buat dagangan Euro.

Data PMI perkilangan Jerman yang dikeluarkan semalam mencatatkan angka yang menurun dan merekodkan paras terendah dalam tempoh 7 tahun.

Tinjauan oleh 11 bank-bank pusat utama menampilkan keputusan yang lemah untuk jangkaan mesyuarat ECB pada kali ini.

Kebanyakkan pengkaji dan pakar ekonomi mengunjurkan bahawa ECB akan mengekalkan kadar faedah. Namun, tinggi jangkaan bahawa ECB akan mengubah unjuran hadapan yang akan mengesahkan tindakan rangsangan bakal dilaksanakan selepas ini.

Presiden Mario Draghi memberi jaminan untuk tindakan rangsangan monetari namun pelabur masih ragu-ragu terhadap waktu tindakan tersebut dilaksanakan, sama ada pada Julai atau September.

Tambahan masih kurang jelas sama ada ECB akan terus menurunkan kadar faedah atau memberi laluan untuk meneruskan program pelonggaran kuantitatif (QE).

Pandangan teknikal, harga pada carta EUR/USD telah membuat penurunan mencecah paras terendah dua minggu sekitar paras 1.11260. Pergerakan harga pada Khamis perlahan sementara pasaran menunggu keputusan mesyuarat polisi ECB beberapa jam lagi.

Jika keputusan mesyuarat ECB kekal dovish dan Euro meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga pada carta EUR/USD bakal mencatatkan paras terendah yang terbaru sejak Mei 2017.

Sehingga setakat ini, dilihat masih tiada perubahan untuk jangkaan dovish oleh bank pusat Eropah tersebut.

 

 

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat