Jangkaan Sentimen Berisiko Bakal Perlahankan Pergerakan Aktif Pasaran

387

Setakat sesi pasaran Eropah hari ini, dagangan dolar Amerika Syarikat masih lagi didagangkan perlahan ekoran pelabur sedang menantikan ucapan penting oleh Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell untuk mendapatkan petunjuk terhadap penetapan polisi bagi mesyuarat seterusnya.

Minit mesyuarat FOMC yang diteliti pada awal pagi tadi juga tidak memberikan kesan ketara terhadap dagangan USD.

Bermula sesi Asia, dagangan dolar Australia AUD antara matawang yang menunjukkan pergerakan ketara dengan penurunan dagangan didorong oleh jangkaan sentimen pasaran berhubung perkembangan negatif hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Pembukaan sesi pasaran Eropah pula menyaksikan lonjakan harga pada dagangan dolar Euro diiringi Pound Sterling berikutan bacaan data PMI perkilangan dan perkhidmatan zon Eropah mencatatkan bacaan yang meningkat.

Namun, pelabur berwaspada terhadap lonjakan tersebut disebabkan aktiviti perkilangan di Jerman masih menunjukkan penguncupan walaupun bacaan data meningkat ke paras teringgi dua bulan pada bulan Ogos.

Sementara data PMI perkhidmatan Jerman pula mencecah paras terendah 7 bulan pada bacaan bulan Ogos.

Pound Sterling yang mencatatkan peningkatan turut diawasi oleh para pelabur ekoran perbincangan antara PM Johnson dan Canselor Jerman, Angela Merkel berkenaan isu sempadan Ireland yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Dagangan safe-haven Yen dilihat masih lagi perlahan ekoran ketidaktentuan pada sentimen pasaran semasa. Namun, isu-isu utama yang berlegar dalam pasaran seperti sekatan China terhadap syarikat AS dalam kes penjualan senjata api ke Taiwan, serta risiko Brexit dan juga lain-lain isu, bakal kembali merisikokan pasaran dalam waktu terdekat.

Pergerakan aktif pasaran pada sesi Eropah hari ini dijangka kembali perlahan menuju penghujung minggu dagangan sebelum dipandu oleh kenyataan oleh Jerome Powel pada simposium tahunan Jackson Hole, Wyongmin pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat