Jangkaan Terhadap Permintaan Meningkat, Harga Minyak Kukuh

141

Komoditi hitam kekal didagangkan stabil ketika para pelabur tetap optimis terhadap pemulihan ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat akan meningkatkan permintaan bahan bakar global.

Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mengangkat langkah sekatan ke atas pelancong yang telah divaksin menjelang musim panas akan datang bagi menarik semula lebih banyak pelancong.

Selain itu, AS juga akan mula melonggarkan beberapa sekatan di New York, New Jersey dan Connecticut dan membuka semula aktiviti perniagaan.

Hal ini telah membantu meningkatkan prospek pasaran terhadap pemulihan permintaan bahan bakar disebabkan lebih banyak aktiviti ekonomi yang dijangka akan berjalan semula.

Ia turut mengimbangi kebimbangan pasaran terhadap lonjakan kes coronavirus di Asia, terutamanya di India yang semakin tidak terkawal dengan lebih 300,000 kes telah dicatatkan setiap hari.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil di sekitar harga $67.45 setong setelah meningkat 1.2% pada hari Isnin.

Sementara niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula sedikit susut namun kekal didagangkan stabil pada $64.38 setong, susulan kenaikan 1.4% pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat