Jatuh Mendadak Dalam Seminggu! Ini Kedudukan Terkini Harga Minyak Mentah

2,183

Minyak mentah menuju penurunan mingguan kedua pada minggu ini selepas terkesan oleh pengumuman negara-negara pengguna untuk melepaskan minyak dari rizab kecemasan mereka.

Ketika penulisan, niaga hadapan minyak Brent susut pada sekitar harga $99.80 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan lemah pada $95.50 setong.

Kedua-dua penanda aras telah kehilangan kira-kira 4% pada minggu ini susulan persetujuan negara anggota Agensi tenaga Antarabangsa (IEA) untuk melepaskan 60 juta tong minyak dari simpanan bagi meredakan kehangatan harga minyak.

Dagangan komoditi hitam itu juga terkesan dengan langkah penutupan di Shanghai yang berterusan untuk membendung penularan varian Omicron Covid-19.

Pada masa yang sama, rancangan pengetatan yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) untuk memerangi inflasi juga melemahkan pesaing utamanya, menjadi dagangan minyak lebih murah bagi pemegang mata wang utama lain.

Sementara itu, para pelabur akan memantau dengan teliti sekatan terhadap tenaga Rusia selepas Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan menyekat import arang batu dari negara itu.

Meskipun terdapat cadangan untuk sekatan ke atas minyak, gas dan bahan api nuklear Rusia, harga minyak kekal tenang memandangkan pelabur yakin bahawa EU tidak akan meluluskannya kerana kebergantungannya yang kuat terhadap import tenaga Moscow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat