Javier Olivan – Kenali COO Baru Meta Platforms

207

‘Ambil alih jawatan time syarikat tengah jatuh ni memang besar cabarannya.’

Berita pemergian Sheryl Sandberg sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Meta Platforms Inc selepas berkhidmat selama 14 tahun ternyata menyedihkan Mark Zuckerberg.

Namun, waktu duka tidak berpanjangan apabila syarikat yang suatu masa dahulu dikenali sebagai Facebook melantik Ketua Pegawai Pertumbuhan, Javier Olivan sebagai COO baharunya.

Olivan yang menyertai Facebook pada 2007 telah menjadi tulang belakang penting dalam mencetus pertumbuhan pesat syarikat selama hampir 15 tahun, dari hanya 40 juta pengguna kepada hampir 3.6 bilion diseluruh dunia.

Selain itu, Olivan juga menjadi watak penting dalam penggabungan aplikasi Facebook dengan Instagram dan WhatsApp, yang menjadikan syarikat sebagai peneraju utama media sosial dunia.

Difahamkan Olivan akan menyambung tugas Sandberg dalam menerajui pembangunan infrastrukur dan korporat selain, turut ditugaskan untuk produk pengiklanan serta perniagaan.

Pada berita berasingan, di sebalik pengumuman COO baru tersebut muncul juga isu kontroversi Meta yang terus mengaburi sentimen.

Isu pengawal selia dan bekas pengurus produk Facebook, Frances Haugen, yang membocorkan maklumat dalaman mengenai cara syarikat meraih keuntungan muncul semula.

Setahun lalu Haugen telah mendedahkan bahawa Facebook telah meraih keuntungan dengan mempertaruhkan keselamatan pengguna melalui penjualan makluman peribadi kepada syarikat pengiklanan.

Maka, ia secara tidak langsung akan menambah tekanan kepada Olivan dalam memastikan segala operasi syarikat mematuhi privasi selain melonjakkan semula prestasi syarikat yang semakin lama semakin merudum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat