Jawatankuasa Pasaran ditubuhkan Bagi Memantau Proses Pembekuan Bekalan Minyak Mentah

37

Harga minyak meneruskan kenaikan semalam walaupun sesi dagangan dicatat perlahan menjelang cuti Tahun Baru, kurang seminggu daripada pengeluar minyak dunia mula kembali kepada skala pengeluaran yang baru.

Dagangan logam hitam juga dijangka lebih tenang dalam minggu ini.

Minyak mentah di New York dicatat melonjak dalam sesi ini sebanyak 21 sen.

Di tempat lain, harga minyak Brent dinilai meningkat sebanyak 20 sen atau 0.35 peratus.

Bermula 1 Januari depan, OPEC dan beberapa pengeluar minyak utama dunia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari.

11 ahli Non-OPEC yang diketuai oleh Russia pula telah bersetuju untuk memotong bekalan sebanyak 558,000 tong sehari menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1.8 juta tong sehari.

Venezuela yang juga ahli OPEC telah bersedia untuk mengurangkan 95,000 tong minyak sehari bermula tahun baru.

Ahli jawatankuasa OPEC dan Non-OPEC juga telah ditubuhkan bagi memantau pasaran yang akan bermesyuarat pada 13 Januari nanti.

Siasatan Masih dijalankan Terhadap Isu E-Mel Clinton!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat