Jeff Bezos Beli Saham Beacon!

727

Menurut sebuah laporan, Jeff Bezos yang merupakan ketua pegawai eksekutif Amazon telah membeli saham firma kewangan dan penghantaran digital United Kingdom iaitu Beacon semalam. Individu terkaya di dunia itu dikhabarkan mengambil bahagian dalam Series A fundraising yang bernilai sebanyak $15 juta dolar.

Untuk pengetahuan semua, Beacon merupakan sebuah syarikat yang berpusat di London dan ditubuhkan pada tahun 2018. Selain itu, terdapat juga pelabur lain yang terlibat dengan syarikat ini termasuk eksekutif Uber dan Google. Tambahan daripada itu, ketua pegawai eksekutifnya, Pierre Martin merupakan bekas ketua jurutera perisian teknologi pengangkutan barang Amazon.

Kini, industri penghantaran barang semakin popular dan boleh mengaut keuntungan hingga trillion dolar. Oleh yang demikian, Beacon bijak mencipta peluang dengan menjadi agen tempahan antara pengimport dan pengeksport lalu mempromosikan logistik perdagangan dan kewangannya.

Di samping itu, pelaburan Jeff Bezos dalam syarikat berkenaan didakwa menjadi pendorong utama buat mereka merealisasikan misi untuk menjadi peneraju global dalam bidang mereka. Hal ini demikian kerana Jeff Bezos mempunyai kepentingan terbesar iaitu sebanyak 12% dalam Amazon, sebuah syarikat perisian e-dagang terkemuka dunia yang bersaing dengan beberapa buah syarikat teknologi iaitu Apple, Microsoft dan Alphabet bagi  mendapatkan gelaran sebagai syarikat awam paling berprestij di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat