Jeff Bezos Lebih Kaya Dengan $6.4 Bilion Dijana Dalam Masa Sehari, Saham Amazon Melambung!

555

Seperti yang diketahui umum, Jeff Bezos merupakan individu terkaya di dunia serta merangkap pengasas dan CEO kepada syarikat terkemuka dunia, Amazon. Ketika wabak pandemik coronavirus melanda dunia, beliau merupakan salah seorang jutawan yang paling terjejas dan menanggung kerugian paling tinggi.

Walau bagaimanapun, beliau masih meneruskan kerja amal dengan menyumbang kepada organisasi bukan kerajaan seperti Feeding Americans dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat Amerika Syarikat yang telah kehilangan pekerjaan.

Menurut sebuah laporan, nilai kekayaan Jeff Bezos telah meningkat hampir 5% pada semalam berikutan dengan peningkatan harga saham Amazon ke paras tertinggi. Hal ini demikian kerana permintaan terhadap barangan daripada syarikat e-dagang gergasi tersebut telah mencatatkan peningkatan yang tidak dijangka meskipun operasinya agak terganggu gara-gara wabak COVID-19.

Saham Amazon telah meningkat sebanyak 5.3% iaitu rekod terbaru dengan harga sebanyak $2,283 untuk setiap saham. Seterusnya, sahamnya kini mencatatkan peningkatan lebih 20% pada tahun 2020 dan melebihi indeks penanda aras S&P 500.  Oleh itu, syarikat tersebut telah dikategorikan sebagai syarikat pertama yang pulih daripada impak coronavirus.

Di samping itu, sahamnya melambung tinggi ketika sektor perniagaan lain berhadapan dengan krisis dan terpaksa ditutup akibat wabak merbahaya itu. Hakikatnya, Amazon memperoleh keuntungan berganda gara-gara peningkatan permintaan daripada para pengguna yang hanya duduk di rumah serta lebih bergantung kepada pembelian atas talian kerana kebanyakan negara telah menguatkuasakan perintah berkurung.

Berikutan dengan peningkatan harga saham syarikat itu, CEO syarikat, iaitu Jeff Bezos mencatatkan peningkatan nilai kekayaannya sebanyak $6.4 bilion dalam masa sehari, iaitu semalam. Menurut Forbes, beliau memiliki sebanyak 11.2% saham di Amazon telah menjadikan beliau individu paling kaya di dunia dengan jumlah pendapatan sebanyak $138 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat