Jepun Gagal! Yen Akhirnya Terjelepok Ke Paras Terlemah 32 Tahun

288

Usaha Jepun untuk mengekang junaman lebih parah mata wang yen malangnya gagal berikutan kejatuhan terbaharunya ke paras terendah 32 tahun pada sesi sebelum ini.

Susulan terbitan baharu data inflasi Amerika Syarikat, US dolar telah melonjak tinggi dan yen pula terkesan dengan menyentuh harga terlemahnya pada 147.67 buat pertama kali sejak Ogos 1990.

Angka inflasi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan, mendorong jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi November.

Ini secara tidak langsung, bakal meluaskan lagi jurang perbezaan dasar monetarinya dengan Bank of Japan (BOJ) yang mengamalkan polisi sangat longgar.

Malah, Gabenor Haruhiko Kuroda dalam kenyataan terbarunya mengatakan bahawa untuk menaikkan kadar faedah sekarang adalah tidak wajar memandangkan keadaan ekonomi dan inflasi negara.

Ujar beliau, ekonomi Jepun masih dalam pemulihan daripada Covid-19 dan lebih perlahan berbanding negara seperti AS.

Bagaimanapun, penurunan yen telah meningkatkan kemungkinan satu lagi campur tangan pasaran oleh BOJ dan kerajaan untuk menyokong mata wang.

Jepun telah bertindak dengan campur tangan pertamanya pada 22 September dengan membeli yen, namun usaha itu dilihat gagal apabila melihat kedudukan mata wang itu hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat