Jepun Kekalkan Lebihan Imbangan 5 Kali Dalam Enam Bulan

55

Jepun menunjukkan kadar lebihan imbangan yang meningkat di luar jangkaan berikutan kenaikan sehingga dua angka pada eksport dan import.

Menteri Kewangan mereka melaporkan lebihan imbangan sebanyak ¥418.8 billion pada bulan Julai, diikuti lebihan imbangan sebanyak  ¥439.9 pada bulan lepas. Jepun berjaya mengekalkan lebihan imbangan selama lima kali sepanjang tempoh enam bulan.

Eksport tahunan bagi bulan Julai meningkat 13.4% berbanding 9.7% pada bulan lepas. Manakala import naik 16.3% berbanding 15.5% pada bulan lepas.

 

 

Ekonomi Jepun berdasarkan laporan suku tahunan berkembang dengan pesat sejak dua tahun lalu sehingga permintaan mengurang sebanyak 0.3% daripada KDNK. Hal ini menunjukkan eksport yang menguasai pasaran menyokong perkembangan ekonomi yang berterusan.

Kadar peningkatan ekonomi Jepun naik 1% berbanding suku tahun sebelumnya, dan juga 4% berdasarkan tahun ke tahun. Ekonomi telah berkembang baik selama enam suku tahun berturut-turut, menjadikannya paling lama sepanjang dekad.

Eksport Jepun di jangka akan terus meningkat berikutan ekonomi dunia semakin stabil. Pasaran import juga akan menaik disebabkan oleh pengeluaran domestik yang mula berkembang laju.

Matawang USDJPY Terus Jatuh Selepas FOMC

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat