Jepun Lanjutkan Perintah Berkurung Hingga Hujung Mei

408

Terkini, jumlah keseluruhan kes positif wabak pandemik, coronavirus di seluruh dunia telah melebihi 3.5 juta dengan angka kematian sebanyak 248,445. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang memutuskan untuk melonggarkan perintah berkurung atau kawalan pergerakan bagi memulihkan ekonomi mereka iaitu dengan membenarkan sektor ekonomi kembali beroperasi.

Jumlah kes yang dicatatkan oleh Jepun telah mencecah hampir 15,000 manakala sebanyak 487 kematian telah direkodkan. Menurut sebuah laporan, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bertindak melanjutkan perintah berkurung di negara itu hingga hujung Mei. Di samping itu, pihak kerajaan dijangka akan menentukan langkah pencegahan baru bagi membendung wabak berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pemimpin negara tersebut akan mendedahkan sebab perlanjutan perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada Rabu ini dalam sebuah sidang akhbar.

Akan tetapi, pihak kerajaan dikatakan bakal memberi sedikit kelonggaran yang melibatkan sektor ekonomi serta tempat-tempat berisiko rendah bakal dibuka meskipun di wilayah yang terjejas.

Meskipun begitu, rakyat dinasihatkan untuk tetap berada di dalam rumah dan menutup perniagaan mereka. Jika sebaliknya, tiada sebarang hukuman yang bakal dikenakan.

Tekanan dan krisis ekonomi yang tercetus akibat wabak berbahaya itu telah mendorong Parlimen Jepun untuk meluluskan belanjawan tambahan untuk membiayai pakej rangsangan bernilai $ 1.1 trilion dolar pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat