Jepun Masih Dilihat Sukar Menaikkan Inflasi

286

Ekonomi Jepun menunjukkan sedikit tanda-tanda peningkatan harga bulan lepas selepas pembuat polisi menjalankan polisi monetary (kewangan) bertahun-tahun yang masih menunjukkan kesan rangsangan yang tak efektif.

Sasaran Bank of Japan pada ketika ini ialah menaikkan kadar inflasi kepada 2.00% yang dilihat sukar berlaku pada jangka masa pendek. Semalam Kuroda dalam sidang media mengatakan telah menganjakkan sasaran inflasi 2.00% tahun depan kepada 2018.

National consumer price index (Indeks harga pengguna kebangsaan) susut sebanyak 0.5% pada September berbanding tahun lepas. Manakala Core ‘Indeks harga pengguna’ (Core CPI) pula jatuh 0.4% pada tempoh sama selepas susut 0.5% pada Ogos.

Jepun sudah pun berada dalam deflation (deflasi atau inflasi negatif) sejak 7 tahun lepas. Oleh sebab itu Bank of Japan (BoJ) telah menjalankan polisi yang mensasarkan kepada pengawalan kadar faedah. Program ini juga termasuk pengubahan kepada jumlah pembelian aset.

Deflation atau deflasi ialah keadaan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar. Deflasi adalah lawan kepada inflasi.

International Monetary Fund (IMF atau Bank Dunia) baru-baru ini telah meningkatkan penarafan kepada ekonomi Jepun pada tahun ini dan tahun depan. IMF menjangkakan KDNK (GDP) Jepun akan meningkat 0.5% pada 2016 dan 0.6% pada 2017 berbanding jangkaan sebelum ini yang dibuat pada Julai iaitu 0.3% dan 0.1%.

Manakala data yang dilihat dapat memberi kesan kepada kadar inflasi iaitu household spending (perbelanjaan isirumah) jatuh sebanyak 2.10%.

 

Jepun Mengalami Kesukaran Untuk Naikkan Inflasi!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat