Jepun Mencatat Pertumbuhan Eksport 12 Bulan Berturut-turut Pada Bulan November

84

Jepun mencatat pertumbuhan ekpsort pada bulan November, pertummbuhan ini merupakan pertumbuhan berturut-turut sepanjang tahun. Pertumbuhan eksport didorong oleh peningkatan permintaan luar negara.

Pada bulan November, eksport Jepun mencatat pertumbuhan sebanyak 16.2% berbanding jangkaan yang mensasarkan bacaan pertumbuhan sebanyak 14.6%.

Pakar ekonomi berpendapat, pertumbuhan eksport akan kekal kukuh dan akan menjana pertumbuhan ekonomi Jepun disertai dengan permintaan yang kukuh daripada US dan China.

Tambah pakar ekonomi Mizuho Securities, Norio Miyagawa, jika tidak terdapat tanda-tanda bahawa eksport semakin lemah, ekonomi Jepun akan mula pulih secara bertahap-tahap.

Selain itu, laporan juga melaporkan imbangan dagangan Jepun menunjukkan data yang surplus/lebihan sebanyak 364.1 billion yen.

China yang merupakan negara pengimport barangan jepun terbesar. Eksport ke china, mencatat peningkatan 25.1%. Manakala eksport ke US naik 13% dan Eropah 13.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat