Jepun Sanggup Berhabis Wang Untuk Selamatkan Yen!

314

Campur tangan kedua Jepun telah menelan belanja $42.8 bilion (6.35 trilion yen) pada bulan Oktober untuk menyokong yen, menurut Kementerian Kewangan pada Selasa.

Penurunan mendadak mata wang yen ke paras terendah 32 tahun pada 151.94 berbanding US dolar pada 21 Oktober telah mencetuskan tindakan tersebut.

Jumlah ini adalah sejajar dengan anggaran broker pasaran wang Tokyo yang mengatakan Jepun mungkin membelanjakan 6.4 trilion yen dalam campur tangan dua hari berturut-turut.

Malah, ia hampir dua kali ganda daripada 2.8 trilion yen yang dibelanjakan Jepun dalam campur tangan pertamanya pada 29 September.

Impak daripada campur tangan ini, ia sedikit sebanyak membantu mengekang kejatuhan mata wang yen lebih jauh.

Bagaimanapun, pendirian dovish Bank of Japan (BOJ) untuk mengekalkan dasar monetarinya yang longgar terus menambah tekanan buat mata wang ninja itu.

Dalam tindakan yang tidak diumumkan itu, ia ternyata berjaya mencuri tumpuan pelabur untuk mengkaji sejauh mana Jepun bersedia untuk melakukan campur tangan.

Terdahulu, diplomat mata wang tertinggi Jepun, Masato Kanda berkata tiada had kepada sumber pihak berkuasa untuk melakukan campur tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat