Jepun Sekali Lagi Goncang ‘Market’, Yen Naik Gila!

267

Dalam satu langkah yang dinantikan pelabur, Jepun melakukan tindakan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membeli yen buat kali kedua dalam sebulan pada hari Jumaat.

Susulan itu, pasaran telah menyaksikan pergerakan harga yang drastik dalam mata wang yen untuk kembali melonjak ke paras 144.50 daripada 151.94 berbanding US dolar.

Volatiliti harga dalam dagangan yen berlanjutan sehingga sesi Asia Isnin, melihatkan mata wang ninja itu sekali lagi membuat lonjakan pada 145.28 berbanding greenback.

Menurut anggaran oleh firma pembrokeran pasaran wang Tokyo, Jepun berkemungkinan membelanjakan 5.4 trilion hingga 5.5 trilion yen dlaam campur tangan pembelian yen pada Jumaat lalu.

Walaupun begitu, langkah yang diambil Jepun dilihat hanya memberi kesan sementara buat mata wang yen.

Ini dapat dilihat pada pergerakan yen pada hari Selasa, di mana mata wang itu didagangkan pada sekitar harga 148.80 berbanding USD.

Hal ini kerana, pasaran terus menumpukan pada perbezaan yang semakin meluas antara dasar monetari yang sangat longgar Bank of Japan (BOJ) dan kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed).

Menteri Kewangan Shunichi Suzuki memberitahu bahawa pihak berkuasa Jepun akan terus berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Amerika Syarikat dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya dalam pasaran mata wang terhadap pergerakan yen yang tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat