Jerman Akan Kekurangan 880,000 Dos Vaksin Akibat Masalah Penghantaran

183

Perkembangan kurang baik dilaporkan di Eropah berkenaan vaksin yang berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap pemulihan ekonomi.

Jerman dilaporkan akan menerima vaksin oleh Moderna Inc lebih sedikit dengan pengurangan sehingga jumlah 880,000 dos ekoran pembatalan penghantaran.

Sepatutnya, dianggarkan penghantaran jumlah vaksin sekitar 627,600 hingga 878,400 dijangkakan daripada syarikat vakisn tersebut untuk minggu ke 17 pada 26 April.

Jerman akan berdepan masalah yang besar dengan bekalan yang terhad, tetapi sudah banyak pendaftaran untuk suntikan vaksin menanti untuk beberapa minggu yang mendatang.

Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn memaklumkan, penghantaran vaksin Moderna dijadualkan untuk jangka masa yang singkat kini dilihat akan mengganggu langkah pembendungan penularan disebabkan pembatalan penghantaran bekalan tersebut.

Pelabur yang memberi reaksi terhadap situasi ini berkemungkinan akan mempengaruhi dagangan Euro dalam pasaran untuk kembali bergerak lemah semula.

Pada perkembangan berasingan, akhbar Itali La Repubblica melaporkan European Medicine Authority (EMA) dijangka akan memaklumkan bahawa kes kesan sampingan darah beku selepas suntikan vaksin adalah berkait dengan vaksin AstraZeneca.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat