Jerman Hadapi Ancaman Daripada China Susulan Larangan Ke Atas Huawei

353

Duta besar China mengeluarkan ancaman akan mengenakan tindak balas kepada Jerman sekiranya negara itu mengecualikan syarikat telekomunikasinya, Huawei Technologies Co sebagai pembekal kepada peralatan tanpa wayar 5G daripada pasaran Jerman.

Diplomat itu memberi kenyataan berbaur amaran dengan menyebut tindakan Jerman boleh menjejaskan industri kereta Jerman yang telah menyumbang 1/4 daripada 28 juta kereta yang dijual di China pada tahun 2018 kerana kini negara itu berupaya untuk mengeluarkan kereta mereka sendiri.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan penggubal undang-undang dalam parlimen Jerman dengan kerjasama dua parti terbesar Bundestag, telah menggubal satu rang undang-undang yang akan mengenakan larangan ke atas pembekal 5G atas sebab ‘tidak boleh dipercayai’.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk menentang secara terbuka terhadap tindakan Cancelor Angela Merkel yang akan memasukkan syarikat itu dalam rancangan masa depan rangkaian internet di negara itu.

Pentadbiran itu sebelum ini telah meluluskan piawaian keselamatan siber dan peraturan untuk rangkaian itu, tetapi pengkritik menegaskan bahawa ia tidak mencukupi dan menuntut sistem politik dan undang-undang di negara asal pembekal juga harus diambil kira.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha Merkel untuk mempertahankan kestabilan dalam hubungannya dengan Beijing, meskipun menerima tekanan daripada Amerika Syarikat yang menggesa untuk mengharamkan penglibatan Huawei.

Huawei telah berulang kali menekankan bahawa syarikatnya tidak mempunyai kaitan dengan pengintipan apabila Amerika Syarikat terus menuduhnya dengan perkara tersebut. Washington juga menggunakan tuduhan itu untuk menekan sekutunya supaya mengikuti larangan yang dikenakan ke atas syarikat itu.

Tindakan yang dilihat akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara itu, boleh memberi kesan kepada ekonomi Jerman yang semakin memburuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat