Jerman Hanya Menghitung Hari Sebelum Dilanda Kemelesetan!

634

‘Putin kembali jadi tumpuan utama Eropah!’

Data tinjauan ifo iklim perniagaan Jerman yang menyaksikan sentimen dagangan menyusut daripada jangkaan pada bulan Julai mengesahkan kemelesetan terhadap negara ekonomi terbesar Eropah tersebut.

Meneliti bacaan data tinjauan tersebut, indeks iklim perniagaan Jerman dilihat susut 88.6 berbanding jangkaan 90.2 lebih rendah berbanding bacaan pada Jun yang mencatat 92.2.

Penurunan yang terendah dalam tempoh 2 tahun tersebut boleh dikaitkan dengan konflik Eropah bersama Rusia sehingga menyebabkan lonjakan pada harga tenaga dan kekurangan bekalan gas.

Ia secara tidak langsung mengesahkan bahawa kemelesetan bakal melanda Jerman dan perkara itu disokong oleh Klaus Wohlrabe, ketua yang melaksanakan tinjauan data ifo.

Mengulas lebih lanjut berkenaan situasi semasa, Wohlrabe tidak menolak kemungkinan Jerman mampu mengelak kemelesetan andai isu tenaga dan gas dapat diselesaikan.

Perkara ini disokong oleh Jorge Kraemer, penganalisis ekonomi Commerzbank, yang menyatakan indeks ifo yang berperanan sama seperti indeks pengurusan pembelian (PMI) menunjukkan ekonomi Jerman jelas dalam ‘keruntuhan’.

Seperti yang diketahui Jerman menghadapi masalah kekurangan bekalan gas apabila Rusia bertindak menutup saluran paip Nord Stream 1 sebelum membenarkan pengoperasian semula namun pada kapasiti 40%.

Keputusan Rusia, di bawah kepimpinan Vladimir Putin, untuk menutup saluran paip Nord Stream 1 adalah maklum balas terhadap sekatan yang dikenakan kuasa Barat terhadap tindakannya menyerang Ukraine.

Menurut pengawal selia jaringan gas Jerman, kapasiti 40% tidak mencukupi dan perkara tersebut akan mencetus catuan tenaga pada musim sejuk jika kerajaan gagal mengambil ‘langkah tambahan’ untuk mencapai kapasiti 90%.

Dalam pada itu, Kraemer menegaskan bahawa ekonomi Jerman kini terletak dalam genggaman Putin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat