Jerman Nak Berbaik Dengan China, Apa Reaksi AS?

235

Hanya beberapa hari lagi sebelum Canselor Jerman, Olaf Scholz ke Beijing untuk bertemu Presiden Xi Jinping, beliau menerima amaran daripada Amerika Syarikat.

Difahamkan, Scholz akan mengadakan lawatan 1 hari pada hari Jumaat ke Beijing dalam usahanya untuk mendapatkan strategi nasional baharu dengan China dalam mempelbagaikan rantaian bekalan dan meningkatkan keselamatan.

China, adalah rakan perdagangan besar Jerman dan sumber utama kepada pendapatan kebanyakan syarikat terbesarnya.

Selain itu, lawatan tersebut juga mungkin akan melihat isu seperti kepentingan perniagaan dan pelanggaran hak asasi manusia dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, pentadbiran Biden memberi amaran kepada Jerman dan negara Eropah lain supaya tidak membenarkan China menguasai syarikat dalam sektor strategik.

Ini susulan tindakan Jerman yang membenarkan konglomerat perkapalan milik negara China Cosco Shipping Holdings Co. Membeli 24.9% pegangan dalam salah satu terminal pelabuhan di Hamburg.

Pegawai AS bimbang bahawa Scholz akan mewujudkan pergantungan yang sama seperti Rusia yang kini telah menimbulkan kesukaran buat Jerman untuk hidup tanpa gas asli dari Moscow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat