Jerome Powell Isyaratkan Pemotongan Kadar Faedah – Ini Reaksi Pasaran Saham!

577

Pasaran saham Amerika dibuka kukuh pada hari Rabu selepas Pengerusi The Fed, Jerome Powell memberikan tanda-tanda jelas bahawa bank pusat akan mengurangkan kadar faedah bagi menjana ekonomi AS kembali.

Bursa Dow Jones and S&P 500 masing-masing naik 0.7% dan Bursa Nasdaq naik 1.2% selepas the Fed menerbitkan kenyataan yang disediakan oleh Powell menjelang ucapan dihapan Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan.

Menurut Powell, terdapat “ketidakpastian” dalam polisi perdagangan dan sasaran inflasi yang terus mengimbangi unjuran ekonomi AS. Powell menekankan bahawa polisi perdagangan AS pada ketika ini memberikan kesan negatif kepada banyak bahagian ekonomi sehingga memberikan ancaman kepada aktiviti domestik.

Beberapa negara ekonomi utama juga menunjukkan momentum ekonomi yang perlahan dan hal ini juga dapat memberi impak kepada ekonomi AS.

Saham-saham semikonduktur antara saham yang menunjukkan keuntungan paling banyak seperti saham syarikat AMD, Nvidia dan Micron yang masing naik 2% hingga 4%.

Walaubagaimanapun, pada hari ini saham Levi Strauss & Co jatuh lebih 10% selepas laporan yang dikeluarkan menunjukkan jualan dan pendapatan syarikat lemah dari jangkaan pada suku tahun kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat