Jerome Powell Seru Kepada Peraturan Yang Lebih Ketat Terhadap Kripto? Ini Kenyataan Terbaru Beliau

594

Powell memulakan pembukaan ucaptama beliau dengan menyentuh hal-hal yang berkaitan kripto. Secara amnya beliau memberi penekanan bahawa adalah penting untuk memastikan peraturan yang sewajarnya dilaksanakan apabila penggunaan kripto meningkat dalam sistem kewangan runcit.

Tambah beliau, normalisasi dasar monetari telah mendedahkan isu struktur penting dalam sistem DeFi. Dimana, terdapat kekurangan ketelusan dalam sistem DeFi tersebut. Waima begitu, adalah sesuatu yang positif dari sudut kestabilan kewangan, apabila kemerosotan dalam kripto tidak mempunyai kesan yang lebih luas terhadap kestabilan kewangan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Powell menyatakkan bahawa “Kita perlu berhati-hati tentang bagaimana aktiviti dilaksanakan dalam perimeter kewangan”.

Turut disentuh bahawa Bank Pusat Eropah akan memutuskan sama ada mereka akan mencipta mata wang digital bank pusat dalam masa setahun ini. Presiden ECB Christine Lagarde memberi amaran bahawa, bank pusat mesti berhati-hati bahawa euro digital tidak akan menyesakkan deposit bank komersial. Bank perdagangan dan pihak swasta lain juga harus memainkan peranan penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

CBDC eropah kini sedang menju ke fasa prototaip. Maka tidak hairanlah dalam ucapan Powell tadi turut memberitahu bahawa perbuahan struktur kewangan boleh mendatangkan risiko baharu. Satu contoh struktur baru ialah dompet kripto yang tidak dihoskan. “Terdapat banyak kerja dan banyak pemikiran yang perlu dilakukan untuk menentukan perkara yang boleh diterima atau tidak.” kata Powell.

Bercakap mengenai stablecoin, beliau menyatakan bahawa ia adalah “bentuk wang persendirian, ia akan tertakluk jika rizabnya bukan aset yang berkualiti tinggi.” Fed tidak menjangkakan untuk membuat keputusan mengenai CBDC dalam waktu terdekat ini dan jika Fed untuk mewujudkan CBDC maka ia perlu sokongan kongres. Hal ini akan mengambil masa bertahun-tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat