Jika Begini Sikap UK, Amerika Syarikat Pun Lari

870

Ireland akhirnya bersuara susulan tindakan Britain yang cuba mengubah beberapa bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang melibatkan isu di Ireland Utara.

Timbalan Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar hari ini memberi amaran bahawa tidak akan ada perjanjian bebas perdagangan akan dicapai sekiranya UK cuba mencabuli peraturan dalam perjanjian tersebut.

Beliau juga percaya bahawa pemerintah di seluruh dunia pastinya akan tertanya-tanya sama ada mereka perlu mengadakan perjanjian dengan Britain sekiranya negara itu bersikap sedemikian.

Kenyataan ini dapat dikaitkan dengan amaran Senior Demokrat Amerika Syarikat yang menyatakan tindakan Britain boleh menjejaskan perjanjian dagang bebas UK-AS dan menyebabkan timbulnya persoalan mengenai kebolehpercayaan UK sebagai rakan kongsi.

Sebelum ditandatangani secara rasmi pada Januari lalu, perjanjian tersebut sebelum ini hampir dibatalkan susulan perselisihan dalam isu pembatasan Ireland Utara sehingga Perdana Menteri Boris Johnson akhirnya mencapai kesepakatan dengan Leo Varadkar tahun lepas.

Dalam pada itu, PM Johnson dilaporkan akan mengadakan sidang media pada jam 11 malam ini waktu Malaysia. Walaupun masih belum ada kejelasan mengenai isu apa yang akan diutarakan, ucapan Johnson pastinya akan menjadi tumpuan pasaran pada malam ini dan mungkin mempengaruhi pergerakan pound.

PM Johnson, berdepan dengan kritikan daripada ahli kabinetnya sendiri, di mana ahli Parlimen Senior Konservatif dan para pakar undang-undang telah mendesak perdana menteri itu untuk tidak meneruskan rancangan tersebut yang disifatkan sebagai melanggar perjanjian antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat