Jika Berterusan, GBP/USD Bakal ‘Terbang’ Minggu Ini

669

Pound Sterling kekal didagangkan meningkat berbanding US dolar pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini walaupun pelabur melihat beberapa faktor yang masih memberi tekanan terhadap matawang British itu.

Hal ini adalah berikutan penyusutan ketara US dolar sehingga penghujung minggu lalu dan telah memberi ruang untuk matawang utama yang lain termasuk Pound untuk didagangkan meningkat.

Berhubung isu Brexit, Perdana Menteri UK Boris Johnson bersedia untuk pengunduran tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh akhir 15 Oktober.

Selain itu, kes jangkitan virus di UK juga turut berada di tahap membimbangkan dengan jangkaan arahan perintah sekatan pergerakan bakal diumumkan di zon-zon kritikal.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga telah berjaya menembusi paras rintangan 1.3000 pada dagangan Jumaat lalu untuk menutup dagangan minggu lalu di paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Kenaikan harga mencecah hampir ke paras ketinggian 1.30500 dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras tersebut.

Namun, harga dibuka rendah pada permulaan dagangan minggu ini berikutan nilai US dolar sedikit menguat susulan perbincangan pakej rangsangan ekonomi AS pada hujung minggu belum mencapai persetujuan.

Walaupun begitu, harapan optimis untuk persetujuan perbincangan pakej rangsangan tersebut dicapai bakal melemahkan dagangan US dolar dalam pasaran.

Dagangan pada awal minggu melihatkan kenaikan harga masih diteruskan namun harga masih menguji paras rintangan yang dicapai minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan sehingga ke paras ketinggian 1.31500 jika US dolar kekal bergerak lemah minggu ini.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.30000 akan menjadi tumpuan utama untuk harga menguji semula zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan di bawah paras tersebut akan memberi isyarat perubahan trend bearish bakal bermula.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat