Jika Gagal Lepasi 1.17200, EUR/USD Dijangka Turun Lebih Rendah

308

US dolar pamerkan prestasi mingguan terbaik untuk bulan ini dengan peningkatan yang dipaparkan berikutan pelabur kembali beralih ke arah pelaburan selamat dengan beberapa faktor yang memberi risiko dalam pasaran.

Peningkatan kes jangkitan Coronavirus di negara-negara ekonomi utama serta kemajuan yang perlahan pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) kembali membuatkan nilai matawang safe-haven meningkat khususnya US dolar.

Dengan kes jangkitan yang semakin meningkat di Eropah, matawang Euro mengalami kesan penurunan nilai dengan didagangkan susut berbanding US dolar.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah bergerak lebih rendah semalam menyambung penurunan harga di awal minggu selepas pergerakan mendatar pada hari sebelumnya.

Menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga serta gagal melepasinya, harga kemudian telah menjunam 70 pips melepasi paras 1.17200 sehingga mencecah paras terendah harian pada 1.16870 di zon RBS (resistance become support).

Menyambung dagangan di sesi Asia pada pagi ini, harga menunjukkan kenaikan yang lemah bersambung dari pergerakan harga di penghujung sesi New York.

Jangkaan harga akan menguji paras 1.17200 yang membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru sebelum menyambung penurunan lebih rendah melepasi zon RBS 1.16800.

Seterusnya, zon support sekitar 1.16100 akan menjadi destinasi sasaran penurunan harga yang lebih rendah.

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak tinggi di atas paras 1.17200 dan juga melepasi halangan dinamik MA50, isyarat awal perubahan trend akan menjadi pertimbangan pelabur.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan semula ke zon SBR 1.18000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat