Jika Penurunan Diteruskan, EUR/USD Bakal Ke Paras Sokongan 1.17200

700

Walaupun prestasi dagangan yang lemah sepanjang minggu, US dolar berjaya pamer pengukuhan sebelum dagangan minggu lalu menutup tirai.

Faktor pengukuhan US dolar adalah didorong oleh data ekonomi yang positif dengan bacaan meningkat pada PMI pembuatan dan perkhidmatan AS untuk bulan Ogos di samping data jualan rumah yang turut meningkat.

Selain itu juga, penganalisis melihat pengukuhan US dolar pada dagangan penghujung minggu didorong oleh aktiviti pengambilan keuntungan bagi posisi jualan besar-besaran bagi matawang Amerika Syarikat tersebut.

Pergerakan harga bagi carta pasangan matawang EUR/USD pada Jumaat lalu melihatkan harga menjunam sekitar 130 pips hampir ke paras 1.17500 sebelum kembali meningkat untuk menutup dagangan di sekitar paras 1.18000 pada zon SBR (support become resistance).

Secara teknikal, pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam menunjukkan isyarat harga masih bergerak dalam trend bearish.

Berikutan peningkatan kes Coronavirus di Eropah khususnya di Sepanyol, Perancis dan Jerman, matawang Euro bakal diniagakan berisiko pada minggu ini.

Ini berkemungkinan untuk menyokong penurunan harga ke paras lebih rendah menuju zon support pada 1.17200 yang diuji pada minggu kedua bagi bulan Ogos.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan dengan kesan penyusutan US dolar, paras tumpuan pada 1.19000 akan menjadi destinasi seterusnya harga.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian minggu lalu dan juga paras resistance pada ketinggian 1.2000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat