Jika Pound Gagal Mengukuh, GBP/USD Boleh Tenggelam Ke Paras $1.3700

384

Setelah sepanjang minggu lalu gagal melepasi rintangan 1.4000 pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan 1.38600 pada Jumaat lalu.

Penurunan terendah dicatatkan sekitar paras 1.37800 sebelum harga belegar semula di zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.38600.

Jangkaan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah pada Jumaat lalu meleset apabila reaksi yang agak suram pasaran walaupun bacaan data pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dilihat memberangsangkan.

US dolar dijangka akan meneruskan pengukuhan pada minggu ini sekiranya pelabur meletakkan keyakinan terhadap laporan pekerjaan NFP yang positif.

Di samping itu, pelabur akan memberi tumpuan terhadap perkembangan pakej bantuan $1.9 trilion yang telah diluluskan Senat AS pada penghujung minggu.

Sementara mata wang Pound yang terus bergerak lemah sejak minggu lalu akan dipengaruhi oleh faktor pembukaan semula ekonomi UK seperti perancangan Perdana Menteri Boris Johnson pada minggu ini.

Harga pada carta GBP/USD dijangka untuk meneruskan penurunan lebih rendah sehingga ke paras sokongan 1.37000 dengan pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Sekiranya harga berjaya melonjak melepasi halangan MA50, isyarat perubahan trend bullish seterusnya akan mendorong harga menuju semula ke paras rintangan 1.40000.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula ke paras SBR (support become resistance) 1.41000 sebelum menguji paras rintangan 1.42000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat