Jika Rundingan Dagang AS-China Positif, EUR/USD Bakal Menjunam

0 595

Selepas didagangkan lemah sejak sehingga ke sesi pasaran Eropah semalam, matawang dolar USD kembali mengukuh pada sesi pasaran Eropah dengan peningkatan pada indeks DXY yang mengukur kekuatan dolar Amerika Syarikat.

Namun begitu, kebimbangan terhadap rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China masih menjadi menjadi igauan pelabur dalam pasaran semasa.

Pentadbiran mengumumkan 28 syarikat China yang disenaraihitamkan dan terdapat isyarat bahawa Kementerian Perdagangan China akan mengambil tindakan balas berhubung perkara tersebut. Walau bagaimanapun, rundingan pada Khamis dan Jumaat akan tetap diteruskan.

Sentimen pasaran yang kembali dilihat berisiko ini kembali memberi tekanan terhadap dagangan dolar USD di samping kewaspadaan pelabur menantikan laporan minit mesyuarat FOMC September pada awal pagi Khamis.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam membuat penurunan semula selepas gagal melepasi paras resistance pada 1.1000.

Penurunan tersebut telah melepasi paras tumpuan pada 1.0965 seterusnya mencecah penurunan ke paras terendah harian pada 1.0940 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Dagangan EUR/USD pada sesi Asia hari ini kembali mencatatkan penurunan dengan matawang dolar USD kembali bergerak lemah sehingga kenaikan harga dilihat menuju ke paras sekitar 1.0960 dan menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Jika harga kembali menyambung penurunan semalam, jangkaan harga akan cuba menembusi paras RBS 1.0940 sebelum menuju ke paras lebih rendah sekitar 1.0910.

Namun jika USD terus didagangkan lemah, harga berpotensi untuk meneruskan kenaikan pada sesi Asia hari ini sehingga ke paras resistance sebelum ini pada 1.1000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.