Jika Sentimen Pasaran Kekal Berisiko, AUD/USD Bakal Turun Lebih Rendah

876

US dolar bakal meneruskan pengukuhan pada sesi New York jika sentimen pasaran berisiko yang memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven.

Sementara matawang komoditi khususnya dolar Australia bakal terus bergerak lemah di samping risiko penularan semula wabak Coronavirus semakin menjadi kebimbangan.

Namun begitu, sesi pasaran Asia pada Isnin menunjukkan dagangan dolar Aussie bergerak lebih kukuh berbanding US dolar dengan kenaikan harga dipaparkan pada carta pasangan matawang AUD/USD.

Harga membuat kenaikan dari paras permulaan dagangan sekitar 0.68500, naik sekitar 40 pips ke paras ketinggian 0.68900 sebelum kembali bergerak menurun semula pada dagangan yang bersambung di sesi Eropah.

Harga cuba membuat penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan memberi isyarat trend bearish.

Penurunan harga dijangka akan menuju paras tumpuan pada 0.68300 sebelum menguji zon support sekitar 0.68000.

Penurunan lebih rendah dengan sentimen yang tidak berubah boleh mendorong harga ke paras terendah terbaru sehingga 0.66800.

Namun jika harga meneruskan kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar 0.69000 akan diuji sebelum harga menuju ke paras resistance minggu lalu pada ketinggian 0.69700.

Kenaikan seterusnya bakal menguji paras tumpuan pada ketinggian 0.70000 yang turut dilihat sebagai zon resistance harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat