Jika Ukraine Ada Negara Barat, Rusia Punya Iran Untuk Bekal Senjata

457

Iran bersetuju untuk membekalkan senjata kepada Rusia termasuk menyediakan peluru berpandu dan sejumlah besar dron, menurut pegawai tertinggi Tehran.

Memetik kepada laporan Reuters, ini adalah susulan perjanjian yang dicapai pada 6 Oktober lalu, di mana Naib Presiden Pertama Iran Mohammad Mokhber serta dua pegawai tertingginya terbang ke Moscow untuk berbincang mengenai penghantaran senjata itu.

Tindakan ini secara tidak langsung dilihat bakal meningkatkan lagi kemarahan Amerika Syarikat dan kuasa barat lain.

Difahamkan, Rusia telah meminta lebih banyak dron dan peluru berpandu balistik daripada Iran dengan ketepatan yang lebih baik semasa pertemuan itu.

Salah satu dron yang dipersetujui ialah Shahed-136, senjata yang digunakan sebagai pesawat serangan udara ke darat ‘kamikaze’.

Fateh-110 dan Zolfaghar adalah peluru berpandu balistik permukaan jarak dekat Iran yang mampu menyerang sasaran pada jarak antara 300 km dan 700 km.

Terdahulu, Iran telah menafikan penjualan dron kepada Rusia yang dikatakan telah digunakan dalam beberapa serangan ke atas Ukraine sejak kebelakangan ini.

Sungguhpun begitu, Tehran paa masa yang sama menegaskan bahawa ia berhak untuk menjual senjata ke luar negara kerana sekatan ke atas penjualan senjata yang terkandung dalam perjanjian nuklear Iran 2015 telah tamat pada 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat