Joe Biden Hanya Perlu ‘Satu Langkah’ Untuk Jadi Presiden – Ini Yang Terjadi Terhadap US Dolar!

2,780

US dolar menyusut ke tahap paling rendah dalam tempoh 2 bulan berbanding matawang utama pada hari jumaat, dimana pengiraan undi pilihan raya Amerika Syarikat (A.S) masih berlangsung dan para pelabur menjangkakan US dolar akan susut lebih banyak.

Para pelabur bertaruh bahawa pihak Demokrat, Joe Biden akan menjadi presiden A.S yang seterusnya namun pihak Republikan dijangka akan mengekalkan penguasaan Senat. Perkara ini dilihat akan menyukarkan pihak Demokrat untuk meluluskan pakej perbelanjaan fiskal yang lebih besar.

Joe Biden setakat ini masih lagi mengungguli undian berbanding Presiden Donald Trump dan kini beberapa negari penting masih lagi mengira undi. Atas dasar itu terdapat ketidakpastian yang tinggi selagi keputusan diumumkan.

Dalam masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober dan kadar pengangguran turun dengan mendadak walaupun AS berhadapan dengan cabaran peningkatan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan kesannya terhadap pemulihan ekonomi.

Jabatan Buruh A.S melaporkan pada hari Jumaat bahawa bacaan NFB meningkat sebanyak 638,000 dan kadar pengangguran turun kepada tahap 6.9%. Para ahli ekonomi malah hanya meramalkan bahawa tambahan pekerjaan sebanyak 530,000 dan kadar pengangguran jatuh kepada 7.7%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang green back berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.25% kepada 92.430 setakat jam 111.15 p.m. Bacaan buruh yang positf sedikit sebanyak telah menyubang kepada kenaikan matawang US dolar.

Setakat minggu, indeks US dolar telah susut sebanyak 1.6%, iaitu penurunan terbesar dalam hampir 4 bulan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat