Joe Biden Malas Ambil ‘Port’ Soal Trump

400

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam menamakan beberapa kakitangan kanan untuk pentadbirannya kelak meskipun berdepan tekanan tindakan undang-undang berhubung keputusan pilihan raya Presiden baru-baru ini daripada Presiden Donald Trump.

Pengurus kempen pilihan raya Biden iaitu Jennifer Brigid O’Malley Dillon akan berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Turus. Beliau merupakan wanita pertama yang mengetuai kemenangan Demokrat ketika pilihan raya Presiden.

Penasihat Biden iaitu Mike Donilon dan Steve Ricchetti bakal menjadi penasihat kanan serta kaunselor kepada Biden.

Sementara itu, peguam tertinggi kempen pilihan raya Presiden, Dana Remus bakal berkhidmat sebagai penasihat kepada Presiden.

Pengerusi bersama kempen pilihan raya Biden, Cedric Richmond akan menyertai White House sebagai penasihat kanan dan pengarah Penglibatan Awam White House. Richmond mempunyai pengalaman merapatkan jurang antara Demokrat dan Republikan, sekali gus boleh membantu Biden dalam sebarang urusan di Kongres.

Sebelum ini, penasihat rapat Biden, Ron Klain dinamakan sebagai Ketua Turus.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Pakar Bedah Awam AS, Vivek Murthy berkata, tindakan Trump menyekat penasihat peralihan Biden daripada bertemu dengan pakar kerajaan akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menangani pandemik Covid-19 tahun depan.

Beberapa persatuan doktor dan jururawat mengeluarkan sepucuk surat mendesak pentadbiran Trump untuk berkongsi data kritikal Covid-19 seperti inventori peralatan, bekalan perubatan dan kapasiti katil hospital dengan pentadbiran Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat