Joe Biden Terima Suntikan Vaksin Secara ‘Live’

495

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerima suntikan dos vaksin Pfizer Covid-19 yang pertama menerusi siaran langsung televisyen semalam.

Menurut Biden, beliau mengambil suntikan berkenaan bagi menunjukkan kepada rakyat AS bahawa vaksin tersebut adalah selamat.

Biden menyertai beberapa pemimpin politik yang turut mengambil suntikan terbabit termasuklah Naib Presiden AS, Mike Pence dan Speaker Dewan, Nancy Pelosi.

Ujar Biden, beliau mengambil suntikan itu bagi menunjukkan bahawa orang ramai perlu bersedia apabila tiba masanya mereka perlu mengambil vaksin tersebut.

Selain itu, Biden juga memuji pentadbiran Presiden Donald Trump kerana melancarkan program vaksin negara berkenaan.

Dalam pada itu, bakal Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Doug Emhoff dijangka menerima suntikan vaksin pada minggu hadapan.

Pasukan Biden menetapkan 100 juta vaksin Covid-19 di AS sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya di White House.

Setakat ini, AS telah merekodkan lebih 18 juta kes Covid-19 dan 319,000 kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat