Johnson & Johnson Diarah Bayar Pampasan

307

Peguam Negara Oklahoma, Mike Hunter semalam mendapati Johnson & Johnson dan anak-anak syarikatnya terlibat dalam krisis opioid di Amerika Syarikat dan mengarahkan syarikat itu untuk membayar pampasan $ 572 juta, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dipersetujui oleh pengilang ubat lain sebagai bayaran bagi menyelesaikan isu ini.

Walaubagaimanapun, saham bagi syarikat penjagaan kesihatan itu naik $1.02 kepada $127.80 kerana pelabur menjangkakan amaun yang lebih tinggi bakal dikenakan terhadap J&J iaitu sebanyak $1.5 bilion.

Mike mendakwa J&J dan anak syarikat farmaseutikal miliknya, Janssen merumitkan lagi krisis opioid di kawasan itu melalui teknik pemasaran yang dikira sebagai agresif kepada para doktor sambil mengurangkan risiko ketagihan. Tambahnya lagi, kematian akibat daripada terlebih dos opioid dari 2007 hingga 2017 adalah sebanyak 4,653 orang.

Sebelum perbicaraan yang bermula pada 28 Mei, Oklahoma telah mencapai kata sepakat bersama dua lagi syarikat defendan, Purdue Pharma dan Teva Pharmaceutical Industries Ltd. Purdue Pharma yang juga pemilik produk OxyContin harus membayar $270 juta manakala Teva Pharmaceutical dikenakan denda sebanyak $85 juta.

Kejayaan di Oklahoma ini dianggap satu mesej kepada negeri lain supaya mengambil tindakan tegas kepada syarikat yang membahayakan kesihatan terutama sekali melibatkan nyawa. Akhirnya J&J dapat dihadapkan ke mahkamah dan bertanggungjawab atas kematian ribuan nyawa akibat daripada aktiviti mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat