Jom Kenali Saham Pilihan

470

Jika sebelum ini, INTRADAY menyentuh mengenai saham biasa, hari ini penulis akan menjelaskan apa itu saham pilihan.

Saham pilihan adalah saham yang diberi hak tertentu berbanding saham biasa. Saham pilihan mempunyai pembayaran dividen dan tuntutan aset yang lebih tinggi sekiranya syarikat itu dilikuidasi.

Tambahan itu, pihak yang menerbitkan saham pilihan mempunyai hak untuk menebus saham terbabit pada harga dan tarikh yang telah ditetapkan seperti ditunjukkan dalam propektus.

Dalam pelbagai cara, saham pilihan mempunyai ciri yang sama seperti bon dan disebabkan itu, saham ini sering kali disebut sebagai sekuriti hibrid.

Saham pilihan turut menggabungkan ciri hutang kerana saham berkenaan membayar dividen tetap dan merupakan ekuiti yang berpotensi. Ciri-ciri itu menarik minat para pelabur yang mencari kestabilan dalam aliran tunai masa hadapan.

Saham pilihan menawarkan pendapatan yang lebih mudah dijangkakan berbanding saham biasa dan dinilai oleh agensi penarafan kredit utama.

Pemegang saham pilihan mempunyai tuntutan dividen atau pengagihan aset yang lebih tinggi berbanding pemegang saham biasa.

Dividen saham pilihan adalah lebih tinggi dan dan boleh dibayar secara bulanan atau suku tahunan.

Kadar dividen adalah tetap atau ditentukan dari segi kadar faedah penanda aras seperti London InterBank Offered Rate (LIBOR) dan sering disebut sebagai peratusan dalam keterangan terbitan.

Tidak seperti pemegang saham biasa, pemegang saham pilihan mempunyai hak yang terhad yang kebiasaannya tidak termasuk pengundian.

Saham pilihan biasanya tidak mempunyai hak undian walaupun di bawah beberapa perjanjian, hak ini boleh dikembalikan kepada pemegang saham yang masih belum menerima dividennya.

Pemegang saham pilihan berhak menuntut aset sesebuah syarikat sekiranya dilikuidasi. Saham pilihan adalah ekuiti tetapi ia juga merupakan aset hibrid yang terletak di antara saham dan bon.

Sekiranya sesebuah syarikat mengalami masalah dan terpaksa menangguhkan dividennya, pemegang saham pilihan mempunyai hak untuk menerima tunggakan pembayaran sebelum dividen itu diberikan kepada pemegang saham biasa. Saham yang mempunyai aturan seperti itu dikenali sebagai kumulatif.

Tidak seperti pemegang bon, gagal membayar dividen kepada pemegang saham pilihan tidak bermaksud sesebuah syarikat itu ingkar.

Saham pilihan mempunyai pelbagai bentuk dan biasanya dibeli melalui broker saham secara atas talian oleh pelabur individu.

Sesebuah syarikat boleh menerbitkan saham pilihan dengan apa jua syarat selagi mereka tidak melanggar undang-undang atau peraturan. Kebanyakan saham pilihan tidak mempunyai tempoh matang.

Kebiasaannya, institusi adalah pembeli saham pilihan. Ini disebabkan oleh kelebihan cukai tertentu yang ada pada mereka dan tidak ada pada pelabur individu.

Institusi sering melakukan pembelian saham pilihan secara besar-besaran kerana saham pilihan adalah cara yang paling mudah untuk meningkatkan sejumlah besar modal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat