JP Morgan Buat ‘U-Turn’ -Umum Berminat Dengan Blockchain Ethereum!

1,970

Setelah empat tahun mendakwa matawang kripto sebagai satu bentuk ‘penipuan’, bank pelaburan Amerika JP Morgan Chase kini dilaporkan secara aktif mengambil lebih ramai developer Ethereum dan blockchain.

Jawatan tersebut diiklankan di Glassdoor, sebuah laman web pekerjaan dan perekrutan yang berpangkalan di AS. Firma tersebut kini sedang mencari ‘developer’ yang memiliki kemahiran menulis kontrak pintar,mengintegrasikan aplikasi perniagaan, dan mengesahkan protokol kriptografi di blockchain.

Pengumuman ini membawa indikasi bahawa JP Morgan seakan mengubah prinsip mereka terhadap kiripto setelah bertahun-tahun mendakwa bitcoin adalah satu ‘scam’. Pada tahun 2017, Jamie Dimon, Ketua Pegawai Eksekutif semasa, mengatakan bahawa aset kriptp “lebih teruk daripada lampu tulip.” Beliau juga menambah bahawa beliau akan memecat mana-mana trader JP Morgan yang berurusan menggunakan kripto.

Pengumuman itu mungkin merupakan isyarat baik bahawa JP Morgan akhirnya ikut serta dengan pemain industri lain yang ikut terjun ke dalam industri kripto. Bank itu menyatakan akan bersedia menangani kripto apabila permintaan institusi mencukupi.

JP Morgan juga menyokong naratif peruntukan 1% ke dalam BTC sebagai hedge fund. Setakat ini hampir 78% daripada semua BTC sedang disimpan ataupun hilang dan hanya tinggal kurang 4 juta BTC didagangkan.

Institusi lain yang sedang meluaskan pelaburan kripto adalah syarikat Rothschild Investment Corp. yang berpusat di Chicago. Kripto Ethereum kini didagangkan paras tertinggi sepanjang masa iaitu $2,560 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat