JP Morgan Lancar Sistem Rangkaian Pembayaran Blockchain

69

J.P. Morgan Chase pada Selasa melancarkan rangkaian proses pembayaran baru yang menggunakan teknologi blockchain. Pelancaran ini adalah hasil usahasama dengan Royal Bank of Canada (RBC) dan, kumpulan perbankan Australia dan New Zealand.

BlockChain iaitu salah satu wallet digital bagi menyimpan Bitcoin dan urusan transaksi keluar masuk. BlockChain adalah satu-satunya wallet digital yang banyak digunakan oleh pemilik Bitcoin di seluruh dunia.

Rangkaian maklumat interbank akan membenarkan pembayaran diterima oleh pengguna lebih pantas dengan langkah yang mudah di samping sistem yang lebih selamat, kata J.P. Morgan pada Isnin.

Jamie Dimon, CEO J.P. Morgan berkata bulan lalu bahawa Bitcoin adalah ‘penipuan’ dan beliau akan memecat pekerjanya yang mendagangkan Bitcoin kerana mereka adalah “bodoh”.

Walaupun dengan kritikan yang keras kepada Bitcoin, J.P Morgan telah melancarkan teknologi baru ini yang menggunakan teknologi Blockchain.

J.P. Morgan sendiri dan beberapa pesaingnya telah melabur berjuta-juta dolar dalam teknologi yang boleh memudahkan proses transaksi.

“Keupayaan Blockchain membuatkan kami terfikir bagaimana maklumat boleh dikeluarkan dan dikongsi antara bank-bank global,” kata Emma Loftus, ketua pembayaran global dan tukaran matawang di JP Morgan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat