Jualan Bersih Ekuiti Tempatan Oleh Pelaburan Asing Cecah RM600.7 Juta

297

Pelabur luar masih dilihat mengurangkan pendedahan ke atas saham yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia untuk 18 minggu berturut-turut, merekodkan penjualan RM600.7 juta bersih ekuiti tempatan pada minggu lalu.

Menurut laporan MIDF Research, sehingga kini pelabur asing telah menjual RM15.7 juta bersih di Bursa. Berbeza dengan enam pasaran Asia yang ditinjau, Malaysia masih kekal memiliki aliran keluar asing keempat terkecil sejak awal tahun.

Pada Isnin minggu lalu, pelabur antarabangsa telah mengeluarkan sejumlah keuntungan RM358.9 juta bersih ekuiti tempatan yang mana merupakan trend yang sama bagi pasaran Asia kerana kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak coronavirus.

Aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan, berjumlah RM101.6 juta bersih pada Selasa telah meraih dagangan tiga hari berturut-turut di Bursa. Aliran masuk yang sederhana itu menyaksikan bursa tempatan ditutup pada 1,517.7 mata, meraih keuntungan satu hari +1.26%.

Namun begitu, pembelian asing bersih dalam pasaran tempatan tidak kekal lama memandangkan dana asing telah dijual pada harga RM83.3 juta bersih pada Rabu. Minat pelabur didorong oleh ketidakstabilan politik di negara ini dengan kemungkinan besar pilihan raya akan dijalankan dan penularan semula wabak coronavirus di Beijing.

Paras jualan bersih asing telah meningkat tiga hari berturut-turut kepada RM155.4 juta pada Jumaat. Manakala pelabur semakin bimbang dengan keadaan pasaran suram kerana gelombang Covid-19 yang meningkat mendadak di China dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, data tuntutan pengangguran mingguan di AS pada Khamis menunjukkan seramai 1.5 juta rakyat Amerika mengisi tuntutan insurans pengangguran pada minggu sebelumnya, menjangkau kadar bilangan yang tinggi berbanding jangkaan.

Pelaburan asing menjadi satu-satunya kumpulan yang menempuh lonjakan mingguan dalam dagangan harian diperdagangkan (ADTV) sebanyak 7.9% untuk mencapai RM1.62 bilion. ADTV juga dilihat masih kukuh, melebihi paras RM1.0 bilion.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat