Jualan Dalam Talian Direkodkan Tinggi, Rangsang Pertumbuhan Jualan Runcit AS

147

Mastercard Inc melaporkan pengguna di Amerika Syarikat lebih banyak berbelanja dengan pembelian secara dalam talian semasa musim cuti pada tahun ini berikutan jualan online dilihat telah mencatatkan rekod yang tinggi.

Perbelanjaan musim cuti merupakan tempoh penting untuk peruncit dan ia boleh menyumbang sehingga 40% kepada jualan tahunan. Walaupun musim cuti pada tahun ini lebih pendek daripada tahun lepas, ia tidak menghalang untuk pengguna AS berbelanja.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Mastercard pada tahun ini, jualan online direkodkan telah meningkat sebanyak 18.8% daripada tahun 2018 dengan keseluruhannya jualan runcit pada musim cuti tidak termasuk automotif, meningkat sebanyak 3.4%.

Peningkatan memberangsangkan ini turut mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakannya sebagai bacaan terbesar dalam sejarah negara itu.

Bagaimanapun, jurucakap Mastercard pula berkata bacaan jualan runcit pada tahun ini tidak seperti yang dikatakan oleh Trump, kerana pada 2018 jumlah pertumbuhan jualan adalah sebanyak 5.1%.

Penganalisis berpendapat meskipun dengan pertumbuhan global yang perlahan, perbelanjaan pengguna AS memperoleh manfaat daripada pertumbuhan upah dan pasaran buruh yang kukuh.

Musim cuti merupakan antara yang paling mencabar buat peruncit, lebih-lebih lagi apabila Amazon menawarkan dasar pulangan percuma ke atas lebih banyak produk dengan memberi lebih masa kepada pembeli untuk memulangkannya walaupun dengan pembelian kecil daripada laman web.

National Retail Federation (NRF) sebelum ini telah meramalkan jualan runcit musim cuti AS meningkat antara 3.8% dan 4.2% berbanding dengan kenaikan purata tahunan sebanyak 3.7% dalam tempoh lima tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat