Jualan Kereta Di Eropah Pada April Rekodkan Penyusutan Terbesar

202

Terbaru dilaporkan jualan kereta di negara Kesatuan Eropah (EU) telah merundum teruk sepanjang April susulan daripada perintah kawalan pergerakan kerana wabak Covid19, menyebabkan pengeluaran dan jualan di negara-negara tersebut terbatas.

Menurut maklumat daripada European Automobile Manufacturers Association (ACEA), pendaftaran bagi kereta baru di EU pada April telah jatuh 76.3% sejak setahun yang lalu dengan catatan dari 1,143,046 unit pada April 2019 kepada 270,682 unit pada bulan lalu.

Setiap negara EU mencatatkan penurunan sebanyak dua digit pada bulan lalu. Namun, Itali dan Sepanyol mencatatkan kerugian terbesar dengan penyusutan sebanyak 97.6% dan 96.5%.

Manakala di Jerman, jualan menurun sebanyak 61.1% dan Perancis sebanyak 88.8%. U.K, negara yang pernah tersenarai sebagai negara EU, telah mencatatkan penurunan sebanyak 97.3%.

Pada pertengahan Mac lalu, kebanyakkan negara EU telah dikenakan perintah kawalan pergerakan dan menyebabkan cawangan pengedar kereta terpaksa ditutup. Susulan daripada itu, berlaku penurunan mendadak terhadap jualan kereta iaitu sebanyak 55% sejak Mac 2019.

Jerman misalnnya, ekonomi mereka bergantung sepenuhnya terhadap industri pembuatan kereta dan pengeksportan auto. Lantaran daripada itu, sebaik sahaja perniagaan dibenarkan beroperasi semula, syarikat automotif antara perniagaan pertama yang dibenarkan untuk dibuka pada 20 April lalu dengan syarat mengekalkan jarak sosial dan penjagaan kebersihan.

Demi menampung kerugian yang dialami ketika ini dan mungkin lebih besar pada masa akan datang, barisan eksekutif pembuat kereta Jerman dilaporkan telah meminta ketua kerajaan, Canselor Angela Merkel untuk menubuhkan bentuk sokongan kepada industri kereta negara, yang mana telah menerima kesan susulan daripada skandal penipuan terhadap penggunaan diesel dan tekanan mengekalkan konsep hijau sejajar dengan harapan pengguna dan keadaan persekitaran.

Namun, permintaan tersebut nampaknya dihiraukan oleh pihak Merkel walaupun majoriti masyarakat negara itu, sekurang-kurangnya melebihi 800,000 rakyat berkhidmat di dalam sektor automotif.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat