Jualan Kereta ‘Terseksa’ Apabila Tamat Moratorium

1,088

Industri automotif dijangka bakal menerima kesan negatif selepas moratorium tamat menjelang penghujung September ini.

Jelas Presiden Persatuan Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, orang ramai akan berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli kenderaan baharu ekoran faktor ekonomi dan kewangan semasa.

Beliau berpendapat kenderaan mewah tidak akan terkesan kerana golongan yang mempunyai wang, tidak berdepan masalah untuk berbelanja.

Menurutnya lagi, masalah itu lebih memberi kesan kepada kenderaan yang mampu milik bagi golongan marhaen.

Bagaimanapun, ujar Aishah, penjualan kenderaan terpakai meningkat lebih 100% terutamanya bagi kenderaan yang berharga bawah RM30,000.

Moratorium pinjaman di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tamat pada 30 September ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat