Jualan Runcit AS Merosot, US Dolar Kekal Melemah

265

US dolar terus didagangkan suram pada hari kedua minggu ini semalam dengan petunjuk terbaru terhadap data yang diterbitkan mencetuskan kebimbangan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Di awal sesi New York semalam, laporan data jualan runcit AS terbaru diterbitkan dengan bacaan angka kadar jualan catatkan 0.1% lebih rendah berbanding ramalan 0.3%.

Manakala, bacaan data teras menguncup kepada -0.1% berbanding ramalan 0.2% untuk bulan Mei.

Ini memberi bayangan perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan dan menyebabkan kadar jualan menurun, menyusuli penurunan pada kadar inflasi yang diterbitkan minggu lepas.

Pun begitu, penganalisis pasaran tetap memberi amaran untuk potensi pengukuhan semula terhadap mata wang US dolar itu sekiranya tumpuan kembali diberikan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Nada hawkish yang dikekalkan ahli Fed pada mesyuarat FOMC terbaru minggu lalu memberi petunjuk bahawa kadar faedah tinggi akan terus dikekalkan.

Justeru, US dolar dijangka akan mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran ketika jangkaan terhadap langkah pemotongan kadar faedah semakin berkurangan.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berpandangan pemotongan kadar faedah hanya akan berlaku sekali sahaja tahun ini, namun terbuka untuk mengubah pandangannya berdasarkan data terbaru yang hadir.

Kenyataan dari pegawa-pegawai Fed lain pada minggu ini akan terus dinilai pasaran termasuk Fed Boston Susan Collins dan Fed Richmond Thomas Barkin.

Beberapa mata wang utama lain dilihat bergerak lebih baik berbanding prestasi mengecewakan US dolar.

Euro meneruskan peningkatan setelah susut ke paras terendah 6 minggu di penghujung minggu lepas dengan ketidaktentuan politik di Eropah semakin mereda.

Sementara peningkatan Pound pula dilihat terhad ekoran pelabur berkemungkinan berwaspada menantikan terbitan data inflasi UK pada hari ini dan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Dagangan emas masih lagi mendatar namun kekal bertahan di atas paras harga $2,300 sementara pelabur terus nantikan petunjuk terbaru untuk memacu harga komoditi tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat