Jualan Runcit Australia Mengecewakan, Kekal Mendatar Pada Bulan September

38

Berdasarkan laporan pada awal pagi ini, data jualan runcit Australia mendatar pada bulan September berikutan kadar upah gaji yang sama dan peningkatan dalam bayaran utiliti.

Jabatan Perangkaan Statistik Australia  (ABS) melaporkan jualan runcit kekal mendatar iaitu tidak berubah 0.0% pada bulan September. Penganalisis menjangkakan jualan runcit akan meningkat 0.4% selepas jualan runcit negara itu berkurangan sebanyak 0.7% pada bulan Ogos. Merupakan kejatuhan terbesar dalam tempoh 5 tahun.

Walaupun jualan jatuh pada bulan Julai dan Ogos namun kadar inflasi meningkat sebanyak 0.1% pada suku tahun ketiga.

Australia dolar menyusut sebanyak 0.36% kepada $0.7687 berbanding U.S dolar setakat jam 12.00 petang. Jatuh dariapda paras tertinggi 1 minggu lalu iaitu pada $0.7729.

Sektor runcit Australia menunjukkan peningkatan pada awal tahun ini namun hanya sementara berikutan kadar upah dan pendapatan isirumah yang tidak berubah telah mempengaruhi corak perbelanjaan.

Reserve Bank of Australia (RBA) menjangkakan ekonomi Australia akan bertumbuh pada kadar 3% bagi 2 tahun akan datang. Hal yang RBA khuatirkan ialah gelembung hutang sektor hartanah Australia yang mempunyai banyak persaingan akan meletup. Hal ini menyebabkan kebanyakkan pendapatan pengguna dibelanjakan untuk membayar hartanah dan dalam masa yang sama perbelanjaan dalam ekonomi lain berkurangan. Ini juga merupakan sebab mengapa RBA mengekalkan kadar faedah pada 1.5% sejak Ogos 2016.

Selain jualan runcit Austrlia, data-data lain menunjukan dalam keadaan bagus. Australia mencatat lebihan dagangan dengan peningkatan  2 kali ganda pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat